Sabtu, 15 Julai 2017
LATAR BELAKANG MAHKAMAH
PENGENALAN
Mahkamah
Majistret Sik telah mula beroperasi sejak tahun 80-an lagi. Bangunan Mahkamah
ini terletak di Pekan Sik daerah Sik Kedah. Laluan utama yang menghubungkan
pejabat-pejabat kerajaan yang lain.
Pada tahun 80-an
sehingga sekitar tahun 2001 bangunan Mahkamah ini terbahagi kepada bilik bicara
dan kamar majistret sahaja. Pada tahun 2006 setelah penambahbaikan dibuat bilik
pentadbiran dan bilik fail diwujudkan. Tahun demi tahun bangunan mahkamah ini juga
telah dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti pemadam api di
tempat-tempat yang sepatutnya dan grill
di pintu-pintu utama bangunan mahkamah.
Pada tahun 2012 telah
dinaikkan tembok bersimen disekelililng mahkamah bagi memenuhi ciri-ciri
keselamatan bangunan kerajaan bagi mengelakkan kemalangan dan bencana.
Mahkamah Majistret
Sik juga adalah mahkamah litaran yang mana hanya bersidang seminggu sekali
sepanjang tahun. Majistret datang dari mahkamah berdekatan seperti Mahkamah
Sungai Petani dan Mahkamah Majistret Baling.
Setakat tahun 2017
tiga orang staf sokongan ditempatkan di mahkamah ini bagi menjalankan
tugas-tugas pentadbiran, kewangan dan kes-kes sivil dan jenayah.
Label:
MAHKAMAH MAJISTRET
Langgan:
Catatan (Atom)